8 Punca Keguguran Rambut yang Perlu Anda Tahu

July 24, 2014

Salamun 'alaik dan Salam Sejahtera.


Pernah tak anda mengalami keguguran rambut yang teruk? Usap je rambut guna tangan sekali dengan rambut - rambut. Pastu uolls punya bilik penuh dengan rambut kat atas lantai. Masa mandi, kat lantai tu penuh je rambut lagi.





Rimas tak jadi camtu? Rungsing tak tahu nak buat apa?

Ada buat apa - apa tindakan? Dah tukar syampu pun masih jadi perkara yang sama?

Haa..meh saya nak cerita ni..





Ada beberapa sebab rambut kita gugur. Antaranya:-

1. Kekurangan Nutrisi

Mungkin anda kurang mengambil bijirin, buah - buahan, sayur - sayuran, dan makanan berprotein tinggi. Kekurangan nutrisi menyebabkan rambut anda kering, nipis dan mudah putus.

2. Ketidakstabilan Hormon

Masalah hormon adalah antara punca rambut gugur. Jika kelenjar tiroid terlalu aktif atau tidak begitu aktif, rambut anda mungkin gugur. Keguguran rambut boleh berlaku pada llaki dan perempuan yang juga dikenali sebagai androgen dan estrogen. Apabila anda membetulkan ketidakseimbangan hormon, ia boleh menghentikan kehilangan rambut anda.

3. Penggunaan Syampu / Produk Rambut

Jika ada seorang yang suka mengenakan warna di rambut, keguguran rambut adalah suatu yang tidak mustahil. Selalu ke salon sehingga menukar pelbagai fesyen rambut. Sekejap lurus. Sekejap kerinting. Bahan kimia yang digunakan boleh merosakkan rambut hingga ke akar.

4. Rawatan Kanser

Sesetengah rawatan kanser boleh menyebabkan sel - sel rambut anda terhenti. Malah rambut anda akan mudah putus dan menjadi nipis.

5. Jangkitan Penyakit

Akibat jangkitan kulit pada kulit kepala, keguguran rambut juga akan terjadi. Kebiasaannya terjadi pada kanak - kanak. 

6. Ubat - ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut. Ubat gout, artritis, kemurungan, pencair darah, jantung dan hipertension antara ubat yang menyebabkan keguguran rambut. Mengambil Vitamin A berlebihan juga boleh menyebabkan rambut anda gugur.

7. Melahirkan Anak

Wanita yang baru melahirkan anak akan mengalami keguguran rambut dalam tempoh 3 bulan. Keguguran ini dikaitkan dengan hormon. Sesetengah wanita akan mengalami keguguran rambut yang sangat banyak. Mengambil masa 1 - 6 bulan untuk pulih. 

8. Genetik

Kebiasaanya diwarisi oleh keturunan. Apabila ibu atau ayah mengalami keguguran rambut apabila umurnya meningkat, anak - anaknya akan mewarisi masalah yang sama.


Anda perlu tahu tanda awal penyakit anda supaya anda boleh cegah sebelum melarat.

Saya syorkan anda ambil supplemen. Ada produk Shaklee yang sesuai dengan keguguran rambut.





Nak tahu kelebihannya selain dapat membantu mengurangkan rambut gugur. Ni dia :-





Anda perlukan sangat - sangat? Boleh terus membeli secara online di bawah.






Nak dapatkan harga lebih murah / jadi ahli Shaklee, boleh SMS/Whatsapp saya.



You Might Also Like

0 comments

Flag Counter