12 Cara Mencegah Penyakit Keputihan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Saya ingin kongsikan dengan anda 12 Cara Mencegah Penyakit Keputihan.

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.





Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. 
Share on Google Plus

About Cik Saadah

Penulis merupakan graduan sarjana dan pengedar shaklee yang sah. Penulis mempunyai empayar yang diberi nama sebagai SCB Empire yang mana mengambil nama daripada blognya iaitu Sihat Ceria Bergaya. Kini, penulis mempunyai 30 orang ejen Shaklee di seluruh Malaysia. Boleh dapatkan khidmat konsultasi secara percuma.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Most Popular

Text Widget

Segala penulisan tentang produk / testimoni yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.