Resepi Roti Sarang Lebah

January 20, 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Haa.. tengok tajuk pun dah tahu. Hari ni sempatla belajar sikit. Ni antara makanan kegemaran saya tau.

Tadaaaa...

ROTI SARANG LEBAH




Mengancamnya! Ok dah lapar tengok gambar ni.

Jom kita tengok apa bahan - bahannya.

Bahan untuk roti
  1. 2 cawan tepung gandum 
    (saye gune tepung high protein tambah skit tepung superfine sbb tepung high protein x cukup…)
  2. 1/2 sudu kecil yis segera
  3. 1/4 sudu teh garam halus
  4. 1/2 sudu teh baking powder
  5. 1 sudu besar gula halus.
  6. 1/4 cawan plain yogurt – suhu bilik ( boleh ganti dengan butter milk)
  7. 1/4 cawan minyak jagung(saye guna minyak zaitun)
  8. 1/2 cawan air suam
  9. Sapuan – 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
  10. Bahan Tabur – Badam Hiris dan kuaci serta bijan
** suhu 180 api atas bawah, time 20 ke 30min atau sampai nampak roti ke perangan dah masak**

Cara Membuat Roti Sarang Lebah

1. Menyediakan Doh

Masukkan kesemua bahan kering di dalam bekas dan pastikan yis dan garam tidak bersentuhan semasa proses ini (yis sebelah sana, garam sebelah sini).

Campurkan kesemua bahan kering dan basah. Ais digunakan untuk mengekalkan suhu doh sejuk supaya yis tidak mengembang. Jika doh panas dan mengembang, hasil Roti Sarang Lebah anda akan penuh dengan rongga udara.

Pukul selama 20 minit ataupun sehingga anda boleh tarik doh menjadi halus dan tidak koyak.

2. Membulatkan Doh

Buatkan doh pada saiz kecil-kecil, gunakan 18 g untuk setiap satu bahagian dan bulatkan

Susun doh dalam bekas yang sesuai untuk dibakar. Susunan doh kecil-kecil ini yang akan mempengaruhi bentuk Roti Sarang Lebah korang, terpulang nak pakai bekas bentuk macam mana pun.

 3. Bakar

Sebelum anda bakar doh korang, pastikan biar dahulu doh untuk naik sekali ganda. Jangan masukkan dalam oven dulu, kalau tak doh tak naik masa bakar nanti.

Bila dah naik begini, taburkan barang-barang gedik seperti kuaci, almond flakes, cheddar cheese, bijan hitam dan sebagainya ikut suka. 

Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit sehingga naik sekali ganda lagi. Roti Sarang Lebah korang hampir siap dah. Sekarang perlu curahkan sos butterscotch untuk melengkapkan Roti Sarang Lebahkita ni.

Bahan untuk Sos Butterscotch
  1. 1/2 cawan gula perang
  2. 1/2 cawan whipping cream
    (boleh ganti dengan susu cair atau fresh milk)
  3. Secubit garam
  4. 1/2 tsp essen vanila
  5. 25 gm mentega
Cara-caranya:
  1. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
  3. Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
  4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.




Saya buat cara cepat. Pergi beli kat pasar malam je. hehe :p

You Might Also Like

0 comments

Flag Counter