6 Sebab Kenapa Tiada Perubahan Setelah Ambil Produk Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Post kali ini saya nak sentuh sikit tentang kenapa dah makan supplemen tapi kesannya tak nampak - nampak pun. Tipu ke produk Shaklee ni? 




Orang lain makan cantik je kulit. Apsal aku makan kulit aku takde berubah pun?

Tengok tu Si Minah tu ambil Set Kurus Shaklee boleh turun sampai 10 kg. Aku ni tak turun 1 kg langsung. Aku dah ikut dah apa yg SID tu suh buat.

Agaknya produk ni tak sesuai kot untuk aku. Dah seminggu consume Set Berpantang ni. Susu pun keluar biasa je. Tak macam dalam testimoni tu pun. 

Kalau ada customer, adik beradik, downline anda cakap camni, memang nak kene. Cubalah jadi orang yang bersabar sikit. Hehehe. Ok I dah start nak bebel. Sila tadah telinga ye kawan - kawan.

Apa yang perlu anda tahu?

Sebagai seorang SID, kami diajar untuk guide customer makan dengan betul. Ada sebabnya tau kenapa perlu ikut cakap SID ni. Tambah - tambah SID macam saya yang garang ni. Eh yeke :p

Anda tak merasai perubahan? Mari kita buat checklist sikit kenapa tiada perubahan setelah anda mengamalkan supplemen Shaklee yang best ni.



1. Tidak mengamalkan setiap hari.


Nak cantik macam orang lain, tapi tak istiqamah amalkan setiap hari, takkan sama hasilnya dengan orang yang konsisten ambil setiap hari. Supplemen ni bukannya ubat. Takde dadah pun. Jadikan vitamin anda tu sebagai tabiat diri anda, barulah boleh istiqamah.


Semua orang boleh cantik gebu gebas macam orang lain. Key word dia mudah aje. ISTIQAMAH!



2. Tidak mengikut dos yang dicadangkan

Nak beli vitamin, mesti kene melalui SID kan? Jadi memang tugas SID la untuk guide anda bila perlu makan dan berapa dos yang dicadangkan. Siapa yang hanya beli je tanpa guide, pergi kejar SID anda. Jangan cari SID lain sebab SID lain takkan tolong anda. Itu dah menjadi tanggungjawab SID (bukan semua SID) tapi SID yang anda telah beli dengannya untuk susun jadual vitamin anda.

Yang menjadi masalahnya bila anda/customer tidak makan ikut dos yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, anda nak full recover akibat tulang kaki yang patah. Jadi SID anda cadangkan makan  Ostematrix 4 biji sebelum tidur setiap hari. Nak dijadikan cerita, anda hanya ambil sebiji je sehari atas dasar penjimatan kononnya. Sedih saya dengar. Pastu anda salahkan SID sebab tak dapat hasil. Tak berkesan buat diri. Please, dengar cakap SID. Orang yang kronik dan nak cepat recover, memang disarankan macam tu. Orang normal pun makan 2 biji Ostematrix setiap hari tau.

3. Takut pada krisis penyembuhan dan anda pun STOP!

Memang kalau anda ambil apa jua supplemen, memang akan ada kesannya. Apabila anda ambil vitamin Shaklee, anda akan mengalami Healing Crisis atau juga dikenali sebagai Krisis Penyembuhan. Ini adalah kesan yang positif pada badan. Vitamin yang diambil itu sedang bertindak balas dengan badan.

Sebagai contoh, anda ada masalah resdung. Setelah seminggu ambil Set Resdung, anda alami gatal - gatal tekak, bersin, demam sepanjang hari. Sebenarnya vitamin tersebut sedang bertindak melawan masalah resdung yang anda hadapi.

Jadi, saranan saya, jangan berhenti. Teruskan makan kerana antibodi anda baru sahaja bergiat aktif melawan virus - virus yang ada. Yang paling penting sekali, minum air masak secukupnya sewaktu tempoh krisis penyembuhan. Krisis penyembuhan berlaku bergantung kepada setiap individu. Dia bukan macam ubat. Telan hari ini terus je baik. Itu namanya tahan sakit. Tapi supplemen ambil masa untuk sembuh kerana dia membantu mengurangkan penyakit yang anda alami.


4. Gaya hidup yang tidak sihat

Tabiat makan juga memainkan peranan. Jika anda nak kurus dan amalkan Set Kurus, tapi anda tak amalkan gaya hidup sihat, takkan jadi juga. Duduk saja, makan kek, minum air manis dan makan dan terus makan apa yang anda nak. Pastu telan Set Kurus. Pastu tak turun - turun beratnya. Air pun kurang minum. Salah siapa? Nak marah SID juga ke? 




Jika SID anda minta anda berpantang, tolonglah pantang. Kenapa saya bagitahu macam tu? Sebab saya nak anda cepat dapat result yang anda nak. Selain itu, anda boleh istiqamah amalkan gaya hidup sihat. Senaman 30 minit, makan semangkuk nasi, kurangkan makanan yang tinggi kalori. Bonusnya bukan dapat kurus je tau. Dapat kesihatan yang lebih baik dan bebas daripada penyakit yang kronik. Ingat tau. Kegemukan punca penyakit kronik. 

Nasihat ni bukan yang nak kurus je tapi pada semua sekali amalkanlah gaya hidup yang sihat.

5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh

Buat mereka yang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya, ingatlah bahawa anda sentiasa diberikan peluang yang kedua dalam hidup. Jangan mudah mengalah. Shaklee hanyalah wasilah untuk sembuh. Yang membenarkan untuk sembuh itu adalah Allah Taala. Jika diizinkan oleh Dia, insyaAllah anda akan sembuh. Suka saya nak ingatkan. Bila kita sakit, Allah menggugurkan dosa - dosa kita. Baikkan Allah. Jadi, saya harap disamping terus amalkan pengambilan supplemen, anda tak putus - putus berdoa dan dekatkan diri pada Allah. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati =)

6. Hilang keyakinan dalam mana - mana rawatan

Disebabkan dah ambil supplemen, janganlah cepat putus asa ye. Teruskan je. Shaklee ni dah lama. Dah 60 tahun dah produknya. Ramai yang berpuas hati sebab produk ni produk semulajadi dan tiada bahan kimia. Cuba anda google tengok testimoni yang ada. Bukan dibuat - buat tapi itulah kesan yang telah dialami oleh pengguna Shaklee. 

Saya sendiri pun try makan je dulu untuk masalah gigi saya yang rapuh. Alhamdulillah saya istiqamah makan walaupun sebenarnya saya dah ambil macam - macam supplemen dan pernah seminggu saya asik telan pil tahan sakit je. Kesian kan saya buat macam tu kat badan sendiri. Ist ist walaupun lambat saya berkenalan dengan Shaklee, tapi saya tak give up untuk cari penawar pada masalah saya.




Itu sajelah yang saya boleh kongsikan. Tetiba rasa panjang juga tulis ni. Hehehe. Saya dah setahun tau amalkan supplemen Shaklee. Jadi saya bangga menjadi seorang Shaklee Lover dan yang paling best sekali saya adalah testimoni bergerak =)


Nak dapatkan konsultasi percuma dengan saya, boleh hubungi saya.


Saadah
0137976876
SMS/Whatsapp/Wechat
Instagram : Cikbahagia / Saadah Rozali


Share on Google Plus

About Cik Saadah

Penulis merupakan graduan sarjana dan pengedar shaklee yang sah. Penulis mempunyai empayar yang diberi nama sebagai SCB Empire yang mana mengambil nama daripada blognya iaitu Sihat Ceria Bergaya. Kini, penulis mempunyai 30 orang ejen Shaklee di seluruh Malaysia. Boleh dapatkan khidmat konsultasi secara percuma.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Most Popular

Text Widget

Segala penulisan tentang produk / testimoni yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.