Stress Oh Stress

July 03, 2015

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua =)

Mesti semua tengah busy kerja kan? Takpe2. At this time semua orang tengah pulun nak siapkan kerja. Sampai sakit - sakit urat buat. Makin lama makin lenguh pinggangnya. Mata pula makin berpinar - pinar. Asyik tengok je jam bila nak balik. Hehehe :p

Kesian awok awok ni. Saya sangat memahami keadaan tu sebab dulu saya pun pernah bekerja. Tambah - tambah awal bulan ni memang busy siapkan laporan kewangan untuk bulan lepas punya. Nak tegur orang sebelah pun tak sempat. Ada masa sampai kene bawa balik kerja kat rumah. Seksanya~

Itulah lumrah kehidupan. Hidup ni memang sentiasa ada stress. Bukan hanya kat tempat kerja je, kadang boleh jadi kat rumah, parking kereta, shopping mall, dan macam - macam tempat lagi.

Jadi hari ni saya nak sentuh sikit pasal stress. 




Stress tu sebenarnya adalah satu tindakan atau reaction kita bila kita hadapai tekanan yang berlebihan. Overload sangat dah sampai rasa nak meletup otak. Haa camtu sekali bunyinya.

Selalunya stress akan berlaku apabila :-

--> kerja yang menjemukan, berulang - ulang kerjanya, terlalu banyak kerja sampai takde masa untuk diri
--> kene buat keje orang lain juga walaupun keje sendiri dah bertimbun
--> masalah konflik tugas
--> gangguan kerja (buli) ataupun gangguan seksual
--> masalah komunikasi
--> environment yang kurang selesa (bising dan panas)
--> kurang perhargaan, tiada insentif
--> susah nak naik pangkat
--> waktu kerja yang tidak flexible yang mana menggangu urusan rumahtangga

Jika tak tangani stress dari awal, boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Sebab tu bila bangun pagi, muka takmau stress stress ye. Bangun pagi baca doa dan senyum seikhlas mungkin. Orang kata kene senyum dari hati.




Kesan stress kepada kesihatan:-

1. Otak dan saraf - Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit - Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3. Otot dan sendi - Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung - Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut - Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas - Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus - Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan - Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi - Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.

Jangan buat main - main tau dengan stress ni. Kalau minda kita dah kurang sihat, hati pun asik sakit je, mulut pun asik nak mengumpat je. Tak pasal - pasal badan pun berpenyakit. Nauzubillah.

Apa yang saya boleh cadangkan adalah:-

1. Minum air secukupnya. Bulan puasa ni boleh minum time sahur, buka puasa, sebelum dan selepas solat, moreh (hihi), dan sebelum tidur.

2. Banyakkan zikir supaya hati kita sentiasa ingat pada Allah. Bila kita letakkan ini adalah ujian dari Allah untuk membersihkan hati kita, kita tak mudah untuk ikut ajaran syaitan untuk bergaduh, berdendam dan apa sahaja penyakit hati.

3. Baca Al-Quran. Ini pun adalah antara terapi terbaik untuk hilangkan stress. Tambah - tambah dapat 1 muka tadabbur ayat. Kan dah rasa tenang je jiwa.

4. Take a deep breath. Antara jalan terbaik relax kan diri. Stretching sikit dan sedut udara dalam - dalam sambil bercakap kata - kata yang positif pada diri. 

5. Amalkan suppelement yang dapat membuatkan anda tenang. Contohnya, pengambilan Vitamin B-Complex. InsyaAllah dapat mengurangkan meroyan dan dapat hadapi apa jua cabaran dengan hati yang tenang.

6. Tidur juga adalah salah satu cara tangani stress. Kita boleh lupakan sementara masalah kita. Tapi nanti bangun ingat balikkan? Hehehe




You Might Also Like

0 comments

Flag Counter