Kenapa Perlu Detox?

April 27, 2016

Salam. Hai kawan - kawan.

Mesti pernah dengar term detox ni kan? Atau mungkin tak pernah dengar?

Haa meh saya kongsikan sikit ilmu ni.

Detox ataupun dikenali sebagai detoxification lebih mudah kiranya saya katakan sebagai mencuci keseluruhan badan supaya rasa lagi best.

Ibaratnya badan kita ni macam kereta la. Nak kene bagi mandi, service itu ini, setiap bulan nak kene check air cukup ke tidak, minyak hitam, tayar dan lain - lain. Katalah kita tak buat service kat kereta, apa akan jadi?

Mesti bau kereta kita jadi busuk, berhabuk, lipas pun suka datang, kereta jadi tunggang - langgang dan masam, kereta tak dapat nak bergerak dan paling penting mengurangkan hayat sesebuah kereta.

Macam tu jugalah badan kita kalau kita tak buat servis, kita berisiko untuk dapat pelbagai penyakit. Kita mestilah nak badan kita ringan, bersih, tiada sebarang bau, tiada jerawat dan emosi kita pun sentiasa stabil. Tak gitu?


Sebenarnya kita detox ni sebab nak elakkan toksin dan apa sahaja benda yang tak baik melekat kat badan kita pastu mengganggu sistem tubuh badan. Sapelah nak sakit. Semua nak sihat kan kan kan?

5 toksin utama yang ada di sekeliling kita
  1. Makanan - makanan yang diproses, bahan tambahan, pewarna
  2. Udara - pencemaran udara, jerebu
  3. Air - hujan asid, air daripada pencemaran tanah, pencemaran air, air paip
  4. Badan kita - proses badan seperti penghadaman, nak bagi tenaga, hormon akan wujud toksin
  5. Cara hidup - rokok, alkohol, makanan yang kurang sihat


Sebenarnya kalau kita fikirkan, kita memang hidup dalam dunia yang penuh dengan toksin. Banyak bahan kimia yang terdedah. Hampir di setiap tempat ada. Bila kita bernafas, minum air, tempat yang kita pergi semua tu mempengaruhi toksin dalam badan kita.

Apabila kita kurang kesedaran dan tidak mengambil berat, ia akan memberi banyak risiko kepada tubuh badan kita. Jangan ambil mudah ye.

Percaya tak kalau saya cakap badan kita boleh detox dengan sendirinya!

Tapi tapi tapi..

bila toksin terlalu banyak dan melebihi kapasiti, ia akan memberikan bebanan yang berat kepada tubuh untuk terus detox. Organ yang bantu untuk detox ini adalah hati, usus dan kolon, pundi kencing, buah pinggang, paru - paru, limfa dan kelenjar peluh. Fungsi organ yang dinyatakan tadi adalah untuk membersihkan tubuh dan toksin supaya badan kita kekal sihat.




Macam mana kita sayang kereta kita, kita kene juga sayang badan kita. Kereta boleh beli baru tapi nyawa tak boleh beli baru tau.

kereta idaman


Pesanan khidmat masyarakat ini dari saya,

Saadah
Pengedar Shaklee Anda
0137976876
Ig: Cikbahagia
FB: N Saadah Rozali

You Might Also Like

0 comments

Flag Counter