Tips Shopping Online Dengan Tesco

Assalamualaikum dan hai hai hai =)

Kali ni Cik Adah nak share tips berguna kepada surirumah dan juga wanita bekerjaya ni. Bukan tips cantik ke apa. Tapi tips yang boleh memudahkan urusan seorang wanita di dapur. Ahaks~

Macam Cik Adah ni, Cik Adah ni memang takde masa nak pergi market. Pasar malam pun Cik Adah dah lama tak jejak. Nak masak pun time hujung minggu jelah. Hujung minggu mestilah nak rehat – rehat kat rumah kan. Rasa macam malas je nak keluar. Siapa macam Cik Adah tu baik angkat tangan mengaku cepat. Mesti ada yang dok tersengih sorang – sorang la tu :p

Ok. Back to the topic. Tahu tak sebenarnya ada je cara mudah untuk kita wanita ni untuk dapatkan barang dapur yang fresh tanpa perlu keluar rumah. Siap hantar kat rumah lagi tau. Uolls kene manfaatkan ni.

Tesco ada buat servis penghantaran tu. Walaupun servis ni masih baru, Tesco ada buat penghantaran untuk sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Kalau nak tahu tempat uolls sampai ke tak, check kat sini.

Meh Cik Adah ajar cara – caranya.

  • Pergi ke web tesco.com.my atau install app tesco




  • Register account dengan Tesco.

Semudah 1 2 3 saje. Pilihlah password yang senang nak ingat. Yang selalu guna tulah supaya kemudian hari tak lupa.


  •  Isi maklumat detail

Letak alamat, no telefon dan sewaktu dengannya.

  • Pilih slot bila Tesco nak hantarkan barang.

Kalau uolls order hari ni, bukan hari ni ye dapat barangnya. Kita kene book sebelum jam 11.30 malam. Barangnya esok baru dihantar. So, make sure uolls pilihlah waktu yang bersesuaian. Lain masa slot, lain harganya. Pandai – pandailah bajet. Make sure masa yang uolls pilih slot tu, ada kat rumah. Kang buatnya dihantar, time tulah uolls tak available. Penghantaran ke rumah tu sampai jam 10 malam je.




  • Make sure tulis instruction nak bagi lori Tesco tu mudah cari rumah

Dah bagi alamat pun kadang – kadang tak jumpa juga. Kalau boleh, mudahkanlah diorang.

Contoh:

Rumah hujung sekali
Kereta Myvi no plat ABC1234
Bersebelahan Tadika An-Nur
Jalan besar belakang shell



  • Pilihlah barang apa yang nak dibeli

Ada macam – macam barang tau. Nak pilih frozen ke, barang basah ke, nak beli biskut, roti, syampu dan sebagainya semua boleh pilih. Harga semua tertera. Belilah banyak manapun. Pos tetap sama seperti dalam slot yang uolls pilih tu.



Sekiranya uolls tetiba ada nak cancel atau tambah barang, boleh betulkan order sebelum jam 11.30 malam.

  • Dah siap shopping tu, boleh terus ke payment (tekan checkout)

Boleh pilih nak buat direct payment immediately atau tunggu barang sampai keesokannya. Cik Adah suggest bayar masa Tesco hantar barang. Tesco tak terima cash tau. Bayarlah pakai debit card atau credit card. Tesco tempat Cik Adah pakai CIMB, so hulurlah kad CIMB supaya tak kene extra charge.

Kalau uolls nak buat direct payment, takde masalah. Tapi selalunya barang ni tak sama dengan harga yang mula – mula kita order tu. Kadang – kadang ada barang yang takde stok. Kalau ikan tu kita pilih ikut berat (kg), tidaklah dapat sama macam berat yang kita nak. Selalu dia kurangkanlah. Kalau uolls tetiba nak cancel lepas dah buat payment, boleh masuk balik web dan cancel order. Jangan risau. Duit belum ditolak lagi. Duit hanya akan ditolak bila barang dah sampai dekat rumah.




Mudahkan?

Sekarang semuanya di hujung jari. Tunggu datang je hantar kat rumah. At least, kita boleh jimatkan masa, tenaga dan wang ringgit kita. Masa yang kita sepatutnya pergi pasar beli barang tu, boleh gantikan dengan kemas rumah, spend time dengan anak dan lain – lain.

hasil belian Cik Adah


Make sure tngok betul - betul ye tarikh dan masa yang uolls pilih. Jangan tersalah pilih. Kalau rasa tips ni bermanfaat, bagitahulah kat kawan - kawan uolls.

Work smartly la omputeh kata. Hehehe.

Ok. Selamat mencuba =)

Cik Adah
Founder of SCB
IG: cantik_sihat_berkesan


Share on Google Plus

About Cik Saadah

Penulis merupakan graduan sarjana dan pengedar shaklee yang sah. Penulis mempunyai empayar yang diberi nama sebagai SCB Empire yang mana mengambil nama daripada blognya iaitu Sihat Ceria Bergaya. Kini, penulis mempunyai 30 orang ejen Shaklee di seluruh Malaysia. Boleh dapatkan khidmat konsultasi secara percuma.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Most Popular

Text Widget

Segala penulisan tentang produk / testimoni yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.