Jalan - Jalan Cari Makan Penang Part 1

Assalamualaikum. Hai semua. 

Hari tu kan Cik Adah ada janji nak share pasal trip Penang Cik Adah pergi bulan lepas kan? Ada yang dah menunggu lama ke? Sorilah ye kekangan masa nak update. Kalaulah apa yang kita fikir ni terus terjemah masuk blog, syoknya. Banyak benda nak share. Berangan sangat kan.

Sebenarnya plan dengan kawan - kawan #lejen untuk trip ni dalam 9 orang. Siap tempah tiket flight setahun awal lagi. Yelah kan nak yang murah masa tengah promo free seat tu juga. Masuk 2017 kami decide betul - betul siapa saje boleh pergi. Alhamdulillah 6 orang je dapat. Tu pun kire okla. Muatlah satu Alza nak naik. Jadilah geng #jjcmpenang. 

Ok Cik Adah share iternary tempat yang kami pergi untuk 3 hari 2 malam. Kami hanya berada di sekitar pulau je. Tak cross bridge pun.


20/2/2017 

Lemon Inn Hotel
Burmahtel Hotel
Restoran Nasi Kandar Deen Maju
Penang Street Art
Sani Char Koey Teow


21/2/2017

Roti Canai Gemas Road
Bukit Bendera
The Habitat
Padang Kota Lama
Penang Street Art
Masjid Kapitan Keling
Restoran Kapitan


22/2/2017

Roti Canai Transfer Road
Roti Bakar Transfer Road
Roti Bakar Hutton Lane
Jeruk Madu Pak Ali (Jalan Chowrasta)
Pantai Miami
Taman Rimba

Sebenarnya trip ni ada 2 tau. Ada yang pergi 3 hari 2 malam je. Ada yang 4 hari 3 malam. Yang extra sehari tu macam - macam la lagi tempat diorang jejak. Tapi disebabkan Cik Adah yang 3H2M tu, so Cik Adah share iternary Cik Adah la ye.

Kalau tanya apa transport mudah di Penang, Cik Adah syorkan korang naik Uber dan bas Hop On Hop Off  (HOHO) sahaja. Hari pertama tu memang kami sewa kereta. Tapi macam tak berbaloi pulak sebab kami backpack. So yang backpack pergi dengan kawan - kawan yang nak jimat kos, tak perlu sewa kereta kot sebab Uber memang murah weh.

Ok sekian dulu untuk kali ni. Nanti Cik Adah one by one tau. Stay tuned.


Cik Adah
Kaki Travel
Jual Shaklee





Share on Google Plus

About Cik Saadah

Penulis merupakan graduan sarjana dan pengedar shaklee yang sah. Penulis mempunyai empayar yang diberi nama sebagai SCB Empire yang mana mengambil nama daripada blognya iaitu Sihat Ceria Bergaya. Kini, penulis mempunyai 30 orang ejen Shaklee di seluruh Malaysia. Boleh dapatkan khidmat konsultasi secara percuma.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Most Popular

Text Widget

Segala penulisan tentang produk / testimoni yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos apa jua penyakit. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.