Tips Beli Tiket Flight Sewaktu Promosi

March 13, 2017


Ada orang pelik bila Cik Adah asyik dapat tiket AirAsia murah je. Cemana tuh? Tolong share tips sikit. Siap ada whatsapp tanya tu. Kalau dah kaki ada cop kaki jalan, kejenya nak berjalan jelah kan.

.

Bulan lepas Cik Adah pergi Penang dengan tiket return RM23.32 je. Tahun sebelum tu Cik Adah pergi Langkawi dengan tiket RM73 return. Tahun depan insyaAllah jika dipanjangkan usia akan ke Kota Kinabalu dengan tiket RM78 return. Tiket Cik Adah grab selalunya bawah RM100 je. Kalau lebih dari tu, memang takkan beli.





.
Cik Adah memang suka benda yang promosi. Macam mana nak dapat harga murah - murah tu. Ni Cik Adah share sikit tips yang mungkin bermanfaat boleh guna untuk masa depan. Ahaks.
.
1. Jadi member AirAsia. Bukan setakat point je dapat. Emel korang akan digegarkan oleh AirAsia sebelum promo berlangsung. So dah boleh masuk gear untuk standby tiket murah. Orang lain tak tahu, ko tahu dulu 💅
.
2. Alert dengan tarikh belian promo. Hari pertama make sure dah ada depan laptop untuk buat research tarikh dan harga yang murah. Hari pertama promo kan selalunya ada je tarikh weekend yang harga murah giler. Tapi make sure pagi lagi dah mengadap web AirAsia sebabnya malam nanti kau akan menangis tengok bila tarikh tu harga dia dah bertukar. 
 .
3. Jangan cari ikut date kita available atau cuti sekolah atau cuti peristiwa. AirAsia tak offer tiket murah time tu. Kalendar kene jadi kawan baik masa ni. Tengok juga tarikh berlangsungnya promosi. Contohnya September 2017 sehingga Jun 2017. Selalunya isnin, selasa dan rabu ada tiket murah tu tau. So, plan baik - baik.
.
4. Belilah masa AirAsia announce Free Seat. Selain dari free seat (kononnya promo AirAsia cakap), sebenarnya taklah murah mana pun. So jangan jadi tipah tertipu 😜 Kalau selalu buat research memang korang boleh sangat - sangat bandingkan harga.
.
5. Klik dulu kat poster yang tulis Free Seat. Pastu survey dulu tempat yang nak pergi. Kalau dari KL, tengok yang KLIA2 je. Kalau dari Penang, tengok yang Penang je. Melainkan korang memang rajin nak naik dari KL. Airasia akan buat list destinasi dan harga murah. Pilih destinasi katalah Ho Chin Minh dengan harga RM40 (ini example yang real tengah promo). So bear in mind, korang mesti cari harga tu sepanjang tarikh offer dia bagi. Selagi tak jumpa, cari dan terus cari.
.
5. Selalunya Cik Adah ambil risiko untuk beli tiket setahun awal. Sebelum - sebelum ni pun Cik Adah beli tiket setahun awal. Lantaklah terkawen ke apa ke. Yang tu nanti fikir kemudian. Janji tiket dah dapat dulu. Kalau fikir lama - lama, memang tak belilah.
.
6. Jika merancang untuk pergi ramai, pilih tarikh yang ada banyak offer. AirAsia pandai tau. 1 masa tu dia akan letak only 5 left. Kadang - kadang akan bertukar jadi only 1 left. Apa perlu korang buat, book je utk hari tu walaupun masa untuk flight departure berbeza. 5 orang akan pergi, tak semestinya kene naik flight yang sama. Berkorbanlah weh. Jumpa juga nanti dekat destinasi masing - masing. Ini trick je.
.
7. Harga akan berubah - berubah. Jadi jangan pelik kalau tengok tarikh yang kita nak tu mula - mula kita nampak RM39 pastu jadi RM99. Selalu memang akan jadi. Ambil masa 10 minit je untuk book. Tak perlu lama. Tunggu esok baru nak book, babailah jawapnya. Tinggai yang mahal jela untuk ditatap 
.
Eh terajinlah pulak Cik Adah taip panjang - panjang. Kalau rasa tips ni bermanfaat, gunakanlah sementara promo sedang berlangsung ye.
.
Everybody can fly 🛩
.
Ikhlas sharing dari,
.
Cik Adah
Kaki travel
Bukan staf AirAsia
Tapi Pengedar Shaklee 😚

You Might Also Like

2 comments

  1. nak tny, kalau pergi beramai. 9 org contoh nye, seelok nye kite booking untuk 9 org trus atau kite bhgi kn. contoh, mule2 booking 4 org, pastu booking 5 org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Seroja Darleena.

      Tq datang jejak blog kita =)

      Pada saya, kita takkan dapat harga yang sama untuk 9 orang. Kene search untuk 4 orang ada untuk pukul berapa. Kalau limited sangat, boleh check untuk 2 orang. Supposely 2 -3 orang tu banyaklah pilihan masa boleh dipilih.

      Kalau 9 orang tak dapat dalam 1 masa yang kita nak, its ok. Just try adjust beberapa orang (kasi partner supaya takde yang sesat dekat airport) yang lebih kurang dengan masa yang kita dah book.

      Contoh

      18/1/18
      Alor Setar

      Ali dan Abu - 9.20 pagi (2 lefts)

      So, 4 orang lagi try adjust ke 10.20 pagi (sekiranya seat ada baki 4 lagi dengan harga yang sama).

      Jelas tak?

      Delete

Flag Counter