10 Vitamin Wajib Kak Adah

January 18, 2018

Assalamualaikum semua. Hai hai hai 😚

Kak Adah ni alhamdulillah kenal vitamin ni sejak 2014 lagi tau. Dulu - dulu macam - macamlah sakit. Antibodi lemah sedia. Asyik jatuh sakit je. Kata nak jadi muslim qawiyy. Tapi dok sakit je. Lagu mana tu.

Teringat pepatah arab yang berbunyi,

Akal yang sihat datang dari tubuh badan yang sihat.

Kak Adah akui dulu memang tak sayang badan pun. Kalau ingat nak makan, makan. Kalau tak ingat, tak payah makan. Dulu tak faham pun maksud kene sayang diri dulu sebelum nak sayang orang lain. Pity me. Takpelah. Dah sedar sebelum umur 30 tahun. So kita ubah la yang mana patut.

Sayur malas makan. Buah kalau ada pun tak makan pun. Kene tunggu orang belah depan mata baru nak makan. Teruk betul rasa. Patutlah macam - macam penyakit singgah.

Sekarang, alhamdulillah dah banyak kesedaran. Siap jatuh cinta nak pi talk kesihatan lagi. So, bermulalah perjalanan Kak Adah jatuh cinta dekat produk shaklee ni. Meh Kak Adah share top 10 cinta hati Kak Adah ni.

1. CoQ-Trol Plus

Masuk hari ni dah hari ke - 9 Kak Adah makan CoQtrol. Actually CoQtrol baru je keluar bulan ini dan ini adalah upgrade daripada produk sebelum ni yang dipanggil sebagai CoQ10. Dulu masa CoQ10 dihentikan untuk upgrade ingredient, memang ramai orang cari especially orang yang plan nak menimang cahaya mata. Kak Adah pun apalagi try la produk ni. Nak baby kembar 2018 kan. Kenelah usaha. Lagipun rasa tak lemau badan. Awal - awal kahwin ni faham² jela orang mesti tanya dah ada belum isi dalam perut tu. Kak Adah tengah usaha la ni. Nanti nak tengok lepas habis sebotol CoQtrol ni jadi apa. Nanti Kak Adah share tau 😘



By the way, CoQtrol ni ada 30 biji sebotol. Sehari makan 1 biji je. Makan setiap hari tau especially yang nak tingkatkan kesuburan. Kalau dapat bonus kulit cantik macam depa kata tu, memang syokla 😍

2. Vivix

Vivix ni memang hampir setiap hari Kak Adah makan. Especially kalau malas nak makan yang lain. Hahaha. Suka Vivix ni sebab dia dalam bentuk liquid. Rasa masam - masam ribena. Kalau Kak Adah rasa macam darah naik, pening kepala dan sewaktu dengannya, memang Vivix terus Kak Adah cari. Badan kalau sejuk gedik, memang Vivix la bantu menghangatkan badan Kak Adah. Selagi tak pregnant ni sesuai nak makan Vivix, bukan setakat bagi tenaga je, bagi cantik luar dan dalam tau 😚



3. Ostematrix

Kak Adah pernah buat eksperimen tak makan Ostematrix seminggu. Aduhai. Lenguh satu badan. Sampai tak boleh tidur. Rasa kaki berat amat. Tambah - tambah Kak Adah ni banyak bawa kereta sana sini. Kejap - kejap bawa manual. Kejap - kejap bawa auto. Kak Adah pernah kaki cramp masa tengah drive. Azabnya lahai. Tengah jem plak tu. Pastu bertaubatlah makan Ostematrix balik 🙊 Ostematrix ni la cinta pertama Kak Adah dengan shaklee. Dulu sakit gigi je telan painkiller. Senggugut je telan painkiller. Sebab nak cepat baik. Baik dia masa tu jela. Akibatnya nanti masa depan tu haa. Buah pinggang tak larat nak bekerja. Oh menyesal sangat. Patutlah orang cakap painkiller tu makan bila perlu je 😁

4. Vitamin C

Seriously suka Vitamin C ni sebab Kak Adah jenis kuat alergik. Resdung lagi. Kalau demam je memang cari Vitamin C sebab cepat je berpeluh. Badan kita tak boleh hasilkan Vitamin C tau. Kene topup dari pemakanan. Lagipun tak rajin makan buah oren setiap hari. So, ambil je 1 biji Vitamin C. Sedar - sedar kulit flawless. Memang jarang sangatlah nak naik jerawat ni. Muka tak kusam. Bukan setakat muka. 1 badan boleh rasa especially dekat tempat - tempat yang selalu je banyak kulit mati macam dekat buku lali. Tak suka sungguh kaler dia tompok hitam kat situ. Hahaha. Perasan kulit macam ratu cantikla plak 😚





5. Omega Guard

Omega Guard ni serious syok. Kadang kita makan tak mau mau la. Sampai tak ingat dunia kalau makan. Berlemak la, manis la, macam - macam kan makanan kat Malaysia ni. Alhamdulillah so far Kak Adah bukannya orang yang ada kolestrol tinggi. Setiap tahun memang Kak Adah rajin pi check free je untuk nak tengok paras kolestrol dan gula dalam darah. Untuk yang pernah kene tonsil macam Kak Adah, tidur sampai dengkur macam nak hilang nyawa tu, seriously Kak Adah rekemen korang try Omega Guard. Memanglah cakap jatuh cintan tau. Tonsil pun hilang pi mana dah. Kak Adah jenis alergik ayam, seafood, telur semua tu. So, Omega Guard ni sentiasa la kene jadi peneman.



6. Alfalfa

Nak tahu tak, Shaklee pun ada jamu tau. Jamu moden punya. Alhamdulillah suka makan alfalfa ni sebab dia panaskan badan. Keluar segala angin kus - kus hota hai 🙊 Alergik punya pasal kalau takde Omega, Alfalfa la jadi habuan. Tak tahan sangat dengan habuk. Mesti kene ada Alfalfa pengubat jiwa yang lara. Kalau korang dah kawen, elok amalkan alfalfa ni. Sebab ada khasiat untuk kesihatan dalaman. Yang ni takleh cerita dalam - dalam sangat kat public. Hahaha. Kalau nak tahu, kene PM tepi. Perempuan je boleh I share cerita ni. Kuang3.





7. ESP

Kak Adah kadang buntu nak breakfast apa. Punya kalut nak pergi kerja takdan nak masak or beli dekat kedai. So, Kak Adah decide amalkan minum soya ESP ni. Kadang minum tawar macam tu. Kadang Kak Adah buat macam makan nestum dengan oat dan kismis. Kadang tu rajin sikit buat banana shake. Buatlah macam mana pun asal boleh telan. Paling syok dekat kulit la. Jadi gebu gebas. Dah pegang kulit sendiri baru tahu. Kak Adah suka buat masker dekat muka. Memang cepat aje muka jadi tak berminyak. Memang fall in love la.



8. Vitamin E

Ini pun Vitamin cantik juga. Asal vitamin cantik semua I sapu. Hahaha. Kan nak cantik lawan neeofa 🙊 Actually, fikir juga ni untuk masa depan. Nak protect diri daripada kedatangan kanser dan lain - lain. Lagipun hidup kita ni kan terdedah dengan pencemaran. Selagi boleh elak dan jaga, memang Kak Adah elak. Barang kosmetik, makanan, bau asap, perfume, sinaran UV, radioaktif apa semua tu boleh je merosakkan sel - sel dalam badan kita. So, memang siap siaga la Vitamin E setiap hari. Kesannya kulit moist je. Lepas tu, vitamin E ni orang panggil vitamin cinta suami isteri. Bolehlah pasangan suami isteri amalkan untuk kebahagiaan rumahtangga. Ewah.




9. B Complex

B Complex ni adalah Vitamin B. Kalau korang merancang nak pregnant sejurus sahaja berkahwin, rahsianya silalah istiqamah makan B Complex 3 bulan berturut - turut sebelum kahwin. B Complex ni ada asid folik tau. Doktor memang pesan suruh makan asid folik dan Kak Adah memang pilih B Complex sebagai vitamin pilihan hati. Dulu Kak Adah ada migrain dan period pain yang teruk sejak zaman universiti. Tahap stress pun tinggi sama. Bila dapat tahu pasal Vitamin B, Kak Adah amalkan dan tinggalkan painkiller. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang memang susah nak kene sakit tu. I really enjoy my live. Kalau korang rapat dengan Kak Adah, korang akan perasan Kak Adah dah jarang marah. Tak macam dulu mood swing je. Tanya sikit pun dah kene marah. Teruk sungguh perangai. Hahaha.



10. Herb-lax

Kalau nak perut kempis takde angin, boleh cuba Herb-lax. Tak perlu ambil hari - hari. Seminggu 3x je. Jimat sangat. Lagipun murah je Herb-lax ni. Kak Adah suka makan bila badan rasa berat dan rasa macam dah lama je tak membuang. Ni kalau dapat gandingan bersama dengan Ostematrix ni memang power baq hang! Malam makan. Esok pagi meluncur laju ke tandas. Hihi. Selalunya ambil masa dalam 8 jam macam tu la nak kesan pergi toilet tu. Syok sangat. Keluar tandas boleh lompat bintang sebab badan dah ringan. Hahaha.



Ok itu saja perkongsian panjang lebar vitamin wajib yang Kak Adah suka makan. Ada lagi sebenarnya. Tapi nak bagitahu yang ni paling suka jatuh cintan punya.

Next time Kak Adah share dengan korang produk yang Kak Adah suka pakai. Of course la I pilih shaklee sebab produk yang selamat dan mesra alam 😚




Kak Adah
Shaklee Lover
www.wasap.my/60137976876

You Might Also Like

0 comments

Flag Counter