Pengalaman Interview di SRITI

November 17, 2019

Assalamualaikum semua.

Penatnya rasa hari ni sebab struggle demi interview punya pasal. Rasa nak share la dengan korang salah satu pengalaman berharga ini.

Sebenarnya dah lama tak pergi interview. Kali ni ya ampun sengit betul sebab ada 50 lebih calon untuk mengisi kekosongan jawatan di salah sebuah SRITI di Selangor.

Nampaknya Kak Adah mencuba nasib ni. Ada rezeki ada la kan.

Sebelum Kak Adah hadir ke interview, Kak Adah buat research pasal soalan interview SRITI tapi tiada langsung hint. Hasil tanya - tanya orang pun, dapat sikit sangat. Hanya tajwid dan tasmik Surah As-Saff sahaja. Haii cuaknyaaa.

Jadi Kak Adah nak share dengan korang sikit input atau idea yang telah Kak Adah dapat sepanjang interview:-

1. SRITI

Mestilah main question dia tanya pasal sekolah. Setakat mana yang kita tahu. Jadi bacalah misi, visi, bila penubuhan, fokus apa semua tu sila hadam.

2. Pengetahuan Am

Soalan dia pasal Malaysia. Siapa dia Perdana Menteri sekarang?  Siapa dia Sultan Selangor? Siapa dia Presiden PAS? Siapa dia Pengarah SRITI Malaysia? Apakah pandangan kita tentang politik di Malaysia? Setuju tak dengan sistem beraja?

3. Bahasa Arab

Baca petikan Bahasa Arab yang disediakan kemudian terangkan dalam bahasa yang mudah. Mujur Kak Adah dapat pasal sirah Nabi Muhammad SAW. Cerita la lahir kat mana dan siapa yang wafat.

4. Al-Quran

Baca petikan Al-Quran yang disediakan. Petikan yang dipilih tu adalah Surah Yusuf. Janji korang pandai baca Al-Quran. Kemudian juri tasmik 1 surah dari Juz Amma. Korang pilihlah surah yang confident dah hafal. Jangan hentam keromo je tau.

5. Tajwid

Juri akan minta baca dekat perkataan tu sebab nak tahu sebutan bacaan kita tu betul atau tidak. Kemudian keluarkan hukum tajwid bagi perkataan bergaris. Ada la soalan mad mad tu. Jangan dok baca nun mati, tanwin dan mim mati je. Baca juga semua mad mad yang ada.

6. Jawi

Baca petikan jawi daripada teks khutbah. Baca sahaja dengan lancar. Praktis la baca jawi sebelum datang interview kalau korang kurang mahir baca jawi.

7. Bahasa Inggeris

Ada teks bahasa inggeris yang disediakan. Baca jangan gopoh, nanti tersasul, jadi silap sebut. Hahaha mengata diri sendiri.

Disebabkan Kak Adah pilih untuk jadi guru Bahasa Inggeris, ada la soalan extra juri tanya berapa banyak tenses dan apa tenses yang kita tahu. Kih³. Adoi apa yang bermain di minda sajelah jawapannya.

8. Mock Teaching

Pilih apa - apa subjek tak kisah dari pelajaran tahun berapa pun. Macam Kak Adah dah prepare Alat Bantu Mengajar (ABM). Print la dari rumah. Nak kene tunjuk kesungguhan mengajar.

Nak dijadikan cerita, juri cuba interrupt dengan berlakon nak ke tandas. So what should a teacher do? Masa ni la unexpected rupanya juri nak tengok macam mana calon handle seorang pelajar yang nak ke tandas dan juga the rest yang dekat kelas tu. Huhu. Sabar jelah bila diingatkan. Hahaha.

Korang kene faham SRITI ni bukan sekolah biasa - biasa. Mereka nak lahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Pelajar yang nak masuk SRITI pun interview bagai nak rak, apatah lagu gurunya. Mestilah nak yang capable.

So korang jangan sesekali underestimate SRITI punya interview tau. Walaupun korang apply untuk jawatan guru akademik, tapi mereka nak korang multi-tasking, pandai mengaji, pandai subjek² lain.

Korang bayangkanlah Kak Adah minta Guru Bahasa Inggeris, tapi haaa ambikk! Bahasa Arab sekali terjemah pun kene. Mereka nak cikgu tu mampu untuk relief class bila tiada cikgu.

Bagus juga kan SRITI ni. Harapnya membantu la untuk korang yang tengah prepare nak temuduga SRITI tu. Dah dapat idea tu senang la nak bersedia apa kan?

**Soalan mungkin berbeza dari SRITI yang lain.

Good luck!

-Kak Adah-

You Might Also Like

2 comments

  1. Tenkiu for sharing.. Nsib baik u kongsi, sbb i mintk guru math.. Ingtkan dh tak kena yg psal agama tu.. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Salam. Tq kak Adah share experience interview SRITI. Saya pun baru nak iv minggu depan. Harap2 tak underestimate jgk. Boleh tahan jgk interview dia ya. Ye la. Org bayar mahal kot yuran bulan2. Takkan nak jadi cikgu biasa2 je.

    ReplyDelete

Flag Counter