Tempat Makan Best di Penang
November 21, 2018
Hai dan assalamualaikum!
Seperti dijanjikan, nak share dengan korang tempat makan yang korang boleh pergi dan melantak puas - puas di Penang.
Awas! Post ni penulis banyak nak cakap Penang je sebab dia ada darah Penang =p Hahaha.
Ok mai kita tengok apa tempat best nak makan:-
1. Roti Canai Gemas Road
![]() |
perghh..padu baq hang! |
![]() |
selpiaq la dulu sebelum makan |
![]() |
amboi teloq kuning dia |
Masa zaman kitorang pergi ni, hat ni dah paling special. Sekarang ni asal pi Penang je pasti order special. Kali ni depa dah add on kepingan cheese lagi dalam menu special. Memang kenyang amat la sampai rasa boroi. Hahaha.
Apa yang ada dalam roti canai special Gemas Road ni? Ada sekeping roti canai, telur mata, ayam or daging (ikut pilihan yang kita nak), bawang, cheese sekeping. Fuhhh terangkat beb! Hampa nak mai penang jangan nak buat diet plak :p
Kedai dia tepi jalan kecik je pun. Pakaila GPS supaya hampa tak hilang arah mencari sebab Penang banyak one way tau. Datanglah awal dalam pukul 7 pagi tara orang tak ramai.
Ada satu lagi roti canai kat tempat lain tapi aku malas nak suggest walaupun masa aku makan dulu sedap juga. Sebabnya tempat dia kurang bersih dah sekarang. Orang penang pun tak pi makan situ aihh. Depa lagi tau.
2. Chicken Milani di Restoran Kapitan
![]() |
nasi beriani dan chicken milani |
![]() |
kalau rasa berat sangat nak makan nasi, makanlah chicken milani dengan roti nan |
![]() |
selpiaq lagi |
Kalau pi Penang, jangan lupa singgah makan chicken milani tau. Macam - macam menu ada tapi mata hampa tu pi terus tengok kat list chicken milani. Nak makan chicken milani dengan nasi beriani ke atau makan dengan tosei ke roti nan ke terpulang. Kalau dah lapaq tu makan jelah nasi. Beli lain - lain dengan kawan korang so senang nak share rasa. Hahaha.
Masa ni kami pilih untuk makan malam tau. Sebabnya kami kan berHOHO. Nak habiskan trip HOHO dulu baru pi ramai - ramai makan ni. Kalau uolls jenis tak kisah harga ni, memang bolehlah makan sebab harganya pun berpatutan dan mampu beli.
Masa aku tengah taip nak citer kat korang ni pun tertelan ayaq liuq weh dok teringat! Hahaha.
3. Mee Sotong Hameed Pata
![]() |
minum ngan ayaq nyok (kelapa) |
![]() |
sotong dia pedas bedengung. ni aku share makan je sebab bukan peminat mee kuning |
![]() |
kat sinilah tempat dia. ala - ala food court gitu |
Ada orang kalau mai penang, nak rasa la mee sotong yang kata kebaboom tu. Ada orang cakap memang sedap. Aku selaku bukan peminat mee kuning bolehlah takat rasa je. Lain orang kan lain citarasa dan lain rasa lidahnya. Nak cuba tak salah tau sebab memang ramai orang suggest suh pi. Kami pun pi la try. Kiki.
4. Nasi Kandar Deen Maju
![]() |
nak sotong ke nak ayam ke habaq je (gambar google) |
![]() |
sampai penang terus cari nasi kandaq aihh |
Maaflah sebab masa kami sampai Penang tu memang lapaq nak mampuih. So terus ke Nasi Kandar Deen Maju ni sebab rasa yakin sikit dari sudut kebersihan dia. Masa ni kami memang lupa sungguh nak amik gambaq makanan. Dalam google sama je gambaqnya.
Dekat Penang ni ada baaaanyak sangat kedai nasi kandar. Tapi better korang buat sikit research especially berkaitan kebersihan. Baca review orang - orang Penang la noh. Bukan aku nak memburukkan kedai lain, tapi kita ni nak cari bukan setakat yang halal saje tapi juga bersih dan diyakini. Gituuu.
Nasi Kandar Deen Maju ni orang kata bila lunch hour memang panjang la beratoq. Elok kami sampai sekitar pukul 4 petang dan orang baru nak start beratoq. Lega perut kami bila dapat makan tu.
Kari atau dikenali sebagai gulai orang penang memang piaw baq hang! Piaw apatu? Pekat la maksudnya. Mana ada ceroi. Sebab tu aku suka ayah aku masak kari sebab kari orang penang memang sedap. Kikiki. Even kalau majlis tunang adik beradik pun memang buat kari penang weh. Tak sama macam kat tempat lain.
Eh ada kaitan ke? Hahaha
5. Laksa Pantai Miami
![]() |
Naik HOHO je pi Pantai Miami |
![]() |
Gegadis candid dulu sebelum turun gelongsor kat situ |
![]() |
Makan laksa Pantai Miami |
![]() |
Pemanis mulut kami di tepian pantai |
![]() |
Banyak sungguh burung tepi pantai ni |
Ada je aku baca laksa best laksa Janggus tapi ada juga peminat laksa kata biasa - biasa je. So far kami semua makan ok je. Kat sini ada rojak buah sekali tau tapi kami tak order pun. Perut kenyang weh. Satgi nak menyelam plak. Hahaha. Disebabkan kami naik HOHO, so aku suggest berhenti je kat sini makan laksa. Sedap dan ok la.
6. Sani Char Koey Teow
Not bad juga Sani Char Koey Teow ni. Sekarang kan dia dah ada banyak kedai dekat banyak negeri. So nak bagi hilang teringin tu bolehlah cuba. Ikutkan ada je yang lagi sedap dekat area Seberang Perai Utara. Tapi pilih Sani Char Koey Teow sebab kami lapaq sangat dah dan nak berehat lepas tu. Nak hantar kereta dah. Sewa kereta pun setengah hari je untuk check in hotel semata.
Masa ni kami jalan - jalan area pulau je tau. Tak pi pun kat area Seberang Perai. Pengangkutan yang banyak kami pakai adalah HOHO. Nanti boleh tengok previous post JJCM Penang.
7. Roti Bakar Hutton Lane
![]() |
Sebab kami dah makan banyak dekat Gemas Road, saje pekena roti bakar ni buat rasa je |
![]() |
Ada gambar ni dalam stall dia |
Nak makan semua sekaligus memang tak mampu. So sama ada kami banyakkan jalan barulah makan atau kami makan share sama - sama untuk JJCM kami.
Roti bakar ni memang sedap dan gerai dia macam kat celah bangunan camtu. Yang paling aku ingat ada la dekat dengan Balai Polis. Cuba la korang search. Kami jalan kaki je pi sini.
8. Aiskrim Bukit Bendera
![]() |
Cafe kat bawah tau |
![]() |
Terliur tengok strawberry meriah tu |
![]() |
Ni replika dessert. Tengok dari situlah korang boleh buat pilihan |
![]() |
Yummy ada mango |
![]() |
Ni macam ais kacang |
Nak pergi cafe ni, korang memang kene naik tren dia tau. Kat atas Bukit Bendera tu disamping boleh tengok view Penang, bolehlah pi rasa aiskrim ni. Macam - macam kedai ada sampai rasa tak tau nak pilih yang mana. Tapi make sure korang pilih yang diyakini ye sebab kedainya bercampur - campur. Bukan satu kedai je ada jual dessert ni. Banyak kedai ada boleh cuba.
Kalau rajin lagi, pusinglah 1 cafe tu. Hihi.
Tempat lain yang menarik untuk singgah:-
1. Hameediyah Beriani
2. Astaka Taman Tun Sardon
3. Restoran Sup Hameed
4. Nasi 7 Benua
5. Roti Jala Belimbing Cafe Corner
Tempat yang tak sempat pi ni insyaAllah kami pi kemudian hari pulak. Almaklumlah percutian 2 hari 1 malam je. Takdan nak cover semua tempat aihh walaupun Penang tu kecik coit je pun.
Kalau korang ada tempat best yang boleh kami cuba, komen je kat bawah. Bolehlah pi cari nanti bila balik kampung.
Jemput juga baca JJCM Penang 1 dan JJCM Penang 2. Klik je weh.
😼 Kak Adah
😼 Semestinya Kaki Makan
😼 Jual Shaklee
0 comments