Tips Shopping Online Dengan Tesco
January 23, 2017
Assalamualaikum dan hai hai hai =)
Kali ni Cik Adah nak share tips berguna kepada surirumah dan juga
wanita bekerjaya ni. Bukan tips cantik ke apa. Tapi tips yang boleh memudahkan
urusan seorang wanita di dapur. Ahaks~
Macam Cik Adah ni, Cik Adah ni memang takde masa nak
pergi market. Pasar malam pun Cik Adah dah lama tak jejak. Nak masak pun time
hujung minggu jelah. Hujung minggu mestilah nak rehat – rehat kat rumah kan.
Rasa macam malas je nak keluar. Siapa macam Cik Adah tu baik angkat tangan
mengaku cepat. Mesti ada yang dok tersengih sorang – sorang la tu :p
Ok. Back to the topic. Tahu tak sebenarnya ada je cara mudah
untuk kita wanita ni untuk dapatkan barang dapur yang fresh tanpa perlu keluar
rumah. Siap hantar kat rumah lagi tau. Uolls kene manfaatkan ni.
Tesco ada buat servis penghantaran tu. Walaupun servis ni masih baru, Tesco ada buat penghantaran untuk sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Kalau nak tahu tempat uolls sampai ke tak, check kat sini.
Meh Cik Adah ajar cara – caranya.
Meh Cik Adah ajar cara – caranya.
- Pergi ke web tesco.com.my atau install app tesco
- Register account dengan Tesco.
Semudah 1 2 3 saje. Pilihlah password yang
senang nak ingat. Yang selalu guna tulah supaya kemudian hari tak lupa.
Letak alamat, no telefon dan sewaktu
dengannya.
- Pilih slot bila Tesco nak hantarkan barang.
Kalau uolls order hari ni, bukan hari ni ye
dapat barangnya. Kita kene book sebelum jam 11.30 malam. Barangnya esok baru
dihantar. So, make sure uolls pilihlah waktu yang bersesuaian. Lain masa slot,
lain harganya. Pandai – pandailah bajet. Make sure masa yang uolls pilih slot
tu, ada kat rumah. Kang buatnya dihantar, time tulah uolls tak available. Penghantaran ke rumah tu sampai jam 10 malam je.
- Make sure tulis instruction nak bagi lori Tesco tu mudah cari rumah
Dah bagi alamat pun kadang – kadang tak
jumpa juga. Kalau boleh, mudahkanlah diorang.
Contoh:
Rumah hujung sekali
Kereta Myvi no plat ABC1234
Bersebelahan Tadika An-Nur
Jalan besar belakang shell
- Pilihlah barang apa yang nak dibeli
Ada macam – macam barang tau. Nak pilih
frozen ke, barang basah ke, nak beli biskut, roti, syampu dan sebagainya semua
boleh pilih. Harga semua tertera. Belilah banyak manapun. Pos tetap sama
seperti dalam slot yang uolls pilih tu.
Sekiranya uolls tetiba ada nak cancel atau
tambah barang, boleh betulkan order sebelum jam 11.30 malam.
- Dah siap shopping tu, boleh terus ke payment (tekan checkout)
Boleh pilih nak buat direct
payment immediately atau tunggu barang sampai keesokannya. Cik Adah suggest bayar
masa Tesco hantar barang. Tesco tak terima cash tau. Bayarlah pakai debit card
atau credit card. Tesco tempat Cik Adah pakai CIMB, so hulurlah kad CIMB supaya
tak kene extra charge.
Kalau uolls nak buat direct
payment, takde masalah. Tapi selalunya barang ni tak sama dengan harga yang
mula – mula kita order tu. Kadang – kadang ada barang yang takde stok. Kalau
ikan tu kita pilih ikut berat (kg), tidaklah dapat sama macam berat yang kita
nak. Selalu dia kurangkanlah. Kalau uolls tetiba nak cancel lepas dah buat
payment, boleh masuk balik web dan cancel order. Jangan risau. Duit belum
ditolak lagi. Duit hanya akan ditolak bila barang dah sampai dekat rumah.
Mudahkan?
Sekarang semuanya di hujung jari.
Tunggu datang je hantar kat rumah. At least, kita boleh jimatkan masa, tenaga
dan wang ringgit kita. Masa yang kita sepatutnya pergi pasar beli barang tu,
boleh gantikan dengan kemas rumah, spend time dengan anak dan lain – lain.
![]() |
hasil belian Cik Adah |
Make sure tngok betul - betul ye tarikh dan masa yang uolls pilih. Jangan tersalah pilih. Kalau rasa tips ni bermanfaat, bagitahulah kat kawan - kawan uolls.
Work smartly la omputeh kata.
Hehehe.
Ok. Selamat mencuba =)
Cik Adah
Founder of SCB
IG: cantik_sihat_berkesan
0 comments