Part 2: Jalan - Jalan Cari Makan ke Penang

November 02, 2018

Hai semua!


After a year maybe, baru sempat nak share next post. Teruk betul. Hahaha. Okla better late than never kan. Kikiki. Harap korang tak marah la ye. Senang citer Kak Adah refer aje post lama kat Jalan - Jalan Cari Makan Part 1.

1. Penang Street Art

Ni tempat korang kene jalan kaki je cari. Better masa korang sampai je Penang Airport, terus cari pamplet peta untuk Penang Street Art ni. Seronok oii cari - cari ni. Dia ada banyak tempat. So korang kene pandai baca peta untuk cari ada kat mana. Spend la 2 - 3 jam. Masa ni kitorang spend sejam je kot sebab dah nak maghrib. Gigihlah nak cari juga. Tapi bukan dekat tau. Dekat dinding kedai tulaaa.


Mai kami tolong sama
Sebenarnya nak tarik ke nak tolak ni?

Model lejen


Korang boleh baca la sikit sejarah jalan ni

Mamu tunggu i ke?
Apa berat sangat ni?

Aku nak act sikit sebab ko tengah ushar aku kan :p


Hai cik adik sayang, nak tumpang pi mana?


Oii jangan lari!


Cakap kuat lagi. Tak dengar laa


Ingat comel sangatlah tu meow tuu. Hew hew

Wehhh mana yang lain!


Taraaa buat magik tapi kenapa maq tak hilang? Haha

Dulu rare kalau orang mai juai roti ni

Eh korang kalau gigih carilah banyak - banyak tau!

2. Bukit Bendera

Masa ni kami pi atas tiket student la. Jangan lupa nak travel bawa kad student tau. Demi diskaun punya pasal! Walaupun masa ni kami tengah honeymoon..eh tengah pulun buat master, kami pakai juga tau kad pelajar ni. Mykad pun jangan lupa tunjuk. Sebab TAMAK :p Nak murah punya pasaii.


Ni la train yang nak naik tu. Pulun nak duduk paling bawah sebab nak tengok n nak record. Duduk atas lantai pun boleh sebab gigih :p


Ni pemandangan dari bawah


Dah sampai! Boleh tengok pulau pinang dah


Amik camni jelah mampu


Geng Lejen Trip Penang


Saranghae oppa! Kekunun masa ni :p
Ni la pemandangan penang di bukit bendera
Khusyuk cari nama crush ke tu :p
Antara bunga kuning dengan bunga pink, baik ku pilih bunga pink. Solehah pun dapat. Ehh
Hey si gadis yang manis. Senyum di bibir terlukis


Naik atas ni ada la rasa sejuk macam cameron tu

Periuk kera ke periuk orang ni?

Burung hantu katanya


Ni kene cuba kat food court penang hill


Makan share jela. Setakat rasa je. Tapi sedap weh. Bingsu la orang kata


Dulu masa kitorang pi RM10 je dapat two ways punya trip naik bukit bendera ni. Harga sekarang ni korang boleh check dekat tiket penang hill. Kalau korang bukan student, memang mahaila weh. Kalau nak fast lane, takmau tunggu lama lagi mahai tapi berbaloi la. Diutamakan naik train dulu.

3. The Habitat



The Habitat ni dekat Bukit Bendera juga. Apapun kene juga naik train tu. Masa 2017 dia baru buka so walaupun tak complete lagi, tapi dah bukalah untuk public. Dah alang - alang pi tu, jelajah jela. Yang pasti student card korang penting nak juga time ni untuk diskaun!

Kat sini korang boleh tengok flora dan fauna, kesan jajahan zaman dulu kala pun ada.


Seingat Kak Adah, kami kene RM20 satu kepala after less tau. Harga asal tengok sini The Habitat.



Geng ayu gituu


Bolehlah naik buaian ramai2 asal x jatuh terduduk


Verangan apa tuu




Kuliah hari ni kita cancel je. Mau dak?


Ni boleh gambar lepas beli tiket tau


Syok kalau korang belajar camni. Sejuk mata memandang. Tapi kalau hujan pun boleh mandi hujan. Hahaha


Ku abadikan tiket ini demi the habitat
Geng Lejen menjejaki The Habitat! Bro kat belakang tu bodyguard kami berlima sepanjang JJCM


Anybody home? Btw ni kan bekas rumah zaman penjajah dulu kala. Depa bagi cantik sikit


Weh rindulah nak jalan camni lagi


Beli tiket masuk kat sini


Ni la tourist guide kami. Korang boleh pilih masa kat counter nak tourist guide ke tak. Tugas dia bukan teman korang aje tapi bagi penerangan pasal flora dan fauna


Khusyuk masing2 dengar penjelasan dari tourist guide. We just love the nature so much. Tenang dan mendamaikan


Tempat kami pijak ni korang boleh jerit panggil nama orang tu kuat2. Dia ada effect bergema. So zaman dulu2 buat camnilah deme kata. Aku dah tak ingat sebab apa. Hahaha


Jalan banyak. Bergambar lagi banyak


1 gambar dengan tourist guide kami
4. Hop On Hop Off (HOHO)

HOHO ni ada kat KL dengan Penang je tau. So disebabkan kami tak pernah naik dan ni trip bajet kami, so kami memilih HOHO untuk 2 hari perjalanan di Penang. Kereta sewa ambil masa sampai airport je. Sewa pun setengah hari je.

Make sure sebelum naik HOHO, study la sikit supaya takdelah awkward dan membazir masa. Buat trip route korang pakai HOHO. HOHO ada 2 trip tau; city route dan beach route. 


Bila ada route map, senang nak buat itinerary
Macam kami ni, hari pertama kami pi city route keja makan dan pi penang street art tu. Hari kedua baru beach route. Nak pi pantai la. Nak pi mandi kat Taman Rimba la.

Nasihat untuk korang:-

1. Cari kat mana dia punya pick-up point dulu. 

Penting weh. Bukan semua bus stop ada tempat jual tiket. So, korang kene baca elok2. Hanya di pick-up point je boleh beli tiket. Nak murah, tunjuk kad matrik la. Kami beli tiket untuk 2 hari punya terus. Jimat as students. 

2. Pastikan ada route map

Kalau korang dah cekap, takpelah. Setakat dengar je bas punya celoteh dalam tu. Setiap checkpoint, diorang akan terangkan apa keistimewaan tempat tu. Route tu korang boleh tengok dia punya interchange route either korang nak beach route or city route.

So kalau korang nak pergi Bukit Bendera, naik city route tau!

3. Alert masa supaya tak kene tinggal bas

Korang boleh semak masa dekat sini Route HOHO. Penting untuk estimate supaya tak kene tinggal HOHO. Tapi kalau korang sanggup nak kene tinggal, takpelah boleh cari grab. Apa guna bayar untuk 2 hari kalau tak guna betul2 servis HOHO ni.

4. Jangan hilangkan tiket sepanjang tempoh naik HOHO

Once dah beli tiket untuk 2 hari tu, simpan baik - baik. Kalau time depa check tiket, masa tu tiket tak jumpa, dah kene beli baru. Kesian bodyguard kami kene beli tiket baru. Hahaha.

Jalan kaki je nak pi cari stesen yang ada HOHO

Muka first time naik HOHO

Sempat posing sebab masa ni HOHO tengah tunggu penumpang dekat Taman Rimba
Syok noh hampa


Masa ni lalu route laut otw nak pi Pantai Miami

Ku abadikan percutian ini untuk korang

Ni belah atas

Model HOHO Penang
Ok sampai sini saje dulu. Next post Kak Adah akan share tempat makan kitorang sempat pergi la. 


Kak Adah
Kaki Travel
Jual Shaklee

You Might Also Like

0 comments

Flag Counter