Anda Stress?
January 18, 2015
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Hari ni saya nak fokus straight to the point pasal stres. Semua orang mesti pernah mengalaminya kan? Normal ke stres tu. Jom kita tengok sikit apa benda la stres ni.
Apa itu
Stres?
Stres itu
tekanan yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Ada orang
berjaya harunginya tapi kebanyakannya mengahadapi masalah untuk menguruskan
stress. Dalam dunia yang serba moden ini, kita tak dapat lari dengan stress.
Stres ada dimana – mana. Boleh sakit jiwa kita kalau kena stress ni.
Stress,
Tension, Boring Antara Kalimah yang Sering Diucapkan
Benarkan?
Pendrive hilang semua data mesti stress. Assignment yang kita buat tiba – tiba
tak sempat save sebab bateri laptop mati mesti tension. Asyik buat kerja yang
sama pun boleh jadi boring,
Sebenarnya
stress ini perkara yang biasa. Tapi stress ni boleh jadi luar biasa tau kalau
ia memberi kemudaratan dan menyusahkan kita sekiranya kita gagal tangani.
Sekuat mana
pun manusia mesti ada kelemahannya. Manusia itu kan lemah. Tapi percaya tak
saya cakap umat Islam ni bertuah sangat kerana Allah dah berikan penawarnya
dalam Al-Quran. InsyaAllah kita mampu mengatasi masalah stress yang dihadapi.
Stress
Melampau, Apa Perlu Buat?
Hati – hati
sekiranya stress kita dah melampau. Usah dilayan segala kerisauan, kebimbangan
dan ketakutan. Elakkan untuk berprasangka buruk.
Sebenarnya
stress ini adalah keletihan jiwa dan perasaan. Bila jiwa dan perasaan kita tak
berehat, kta terus – terusan bekerja dengan pelbagai kerisauan, lama – lama
jiwa dan perasaan kita ni akan jadi lemah dan akhirnya mati.
Pada masa
ini, diri akan mudah tertekan, hilang pedoman, kemurungan dan pelbagai aspek
negatif akan menghasut diri. Kemudian pelbagai cara penyelesaian akan
digunakan. Dadah, arak, rokok, hiburan melampau segalanya untuk menyelesaikan
masalah. Berharap untuk menyelesaikan masalah tapi akhirnya meletakkan diri ke
lembah kehinaan.
Dulu kita
ceria, happy go lucky, mesra. Sekarang dah bertukar watak menjadi lesu, lemah
dan cepat putus asa. Hinggakan pada tahap yang paling kronik, sanggup untuk
membunuh diri. Nauzubillah.
Saya akan sambung di entry akan datang. Got to go now~
0 comments